Perkembangan bahasa di Malaysia kini
semakin menjadi satu landasan terbaik dalam usaha menyampaikan maklumat dan
informasi yang terkini kepada telinga setiap pendengar. Perkara yang signifikan dalam menyampaikan
sesuatu maklumat perlulah ada mempunyai satu tarikan dan gaya yang menarik
untuk membantu dalam mengekspresikan sesuatu informasi. Bertepatan dengan dunia kini yang lebih
bergerak maju, masyarakat semakin bijak memilih ruang dan sudut informasi
sebagai bahan rujukan harian. Belia pada
masa kini perlu didedahkan dengan pelbagai pengalaman dan pengetahuan dalam
mengeksplorasi segala maklumat agar mampu disampaikan semula kepada masyarakat
dengan interaktif yang lebih berkesan.
Oleh
itu, penganjuran forum ini bertujuan untuk menggilap bakat guru pelatih dalam
melaksanakan suatu wawancara bersifat informatif serta mampu menarik minat
pendengar dalam menelusur topik yang dibincangkan. Elemen kreatif dan kritis juga dibentuk untuk
menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih berkesan dan menarik. Sejajar dengan saranan kerajaan yang ingin
melahirkan guru yang cemerlang dan terbaik dalam menghadapi dunia kini yang
kian mencabar.
Bertepatan dengan peranan Institut Pendidikan Guru
Kampus Ipoh yang diberikan amanah sebagai Pusat Kecemerlangan Bahasa Melayu, IPG
Zon Utara, penganjuran pertandingan ini memberi peluang kepada pelajar dan
pensyarah berkumpul untuk dan berdiskusi bagi meningkatkan penguasaan dan
keupayaan dan bahasa Melayu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan