SYARAT PERTANDINGAN

SYARAT DAN PERATURAN
PERTANDINGAN FORUM INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2013
------------------------------------------------------------------------------------------------------
1.0.        AM
1.1.        Syarat dan peraturan ini diterima pakai untuk Pertandingan Forum Institut
          Pendidikan Guru Tahun 2013.
1.2.        Tafsiran syarat dan peraturan ini adalah hak mutlak Jawatankuasa Pertandingan dan keputusan yang dilakukan adalah muktamad
1.3.        Jawatankuasa Pertandingan mempunyai hak untuk meminda sebarang peraturan sebelum pertandingan dimulakan seperti yang telah dibincangkan dan telah mencapai kata sepakat oleh jawatankuasa pertandingan.

2.0.        STRUKTUR PERTANDINGAN

2.1.        Pertandingan akan dijalankan dalam kategori Bahasa Melayu.

3.0.        PENYERTAAN

3.1.        Penyertaan pertandingan ini terbuka kepada pelajar di IPG yang mengikuti program PPISMP dan PISMP sahaja.
3.2.        Setiap IPG wajib menghantar satu penyertaan untuk pertandingan forum ini.






             
4.0.        KELAYAKAN

4.1.        Peserta pertandingan adalah terbuka kepada semua pelajar yang sedang menuntut dalam program PPISMP dan PISMP di Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pelajaran Malaysia.
4.2.        Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada EMPAT (4) orang peserta (seorang pengerusi dan 3 orang ahli panel) serta seorang (1) peserta simpanan. Hanya peserta yang telah didaftarkan sahaja boleh mengikuti pertandingan forum. 

5.0.        PELAKSANAAN PERTANDINGAN

5.1.        Forum dijalankan dalam bentuk perbincangan. Tajuk Forum akan diundi sebelum pertandingan             dilaksanakan berkaitan dengan bidang bahasa, dasar-dasar negara serta isu-isu semasa.                 Peserta akan membincangkan tajuk yang telah ditentukan. Perbincangan dalam bentuk main peranan             tidak dibenarkan sama sekali. Perbincangan mesti dan tidak menyentuh mana-mana isu sensitiviti                   kaum dan agama.
5.2.        Penyertaan kumpulan yang tidak menggambarkan kepelbagaian kumpulan etnik di Malaysia tidak                 didenda.
5.3.        Penilaian markah diberi keutamaan mengikut aspek pengendalian forum, bahasa, isi,  dan                               penyampaian.
5.4.        Adab semasa berforum juga diberi perhatian.
5.5.        Pengerusi forum  akan diberikan markah ketika pengendalian Forum
5.6.        Pengerusi yang mengendalikan sesi forum diundi  daripada IPG yang berlainan daripada pasukan ahli panel yang bertanding.  Undian akan dibuat semasa taklimat hakim forum .


5.7.        Markah penuh bagi Pengerusi Forum ialah 50 markah dengan pecahan seperti yang berikut:
5.7.1. Adab                                                                            (5 markah)
5.7.2. Gaya    bahasa                                                              (5 markah)
5.7.3. Kesantunan bahasa                                                       (5 markah)
5.7.4. Memulakan perbincangan                                              (5 markah)
5.7.5. Mengawal perbincangan                                                (5 markah)
5.7.6. Menggulung perbincangan                                              (5 markah)
5.7.7  Kerelevanan soalan / logik                                              (5 markah)
5.7.8  Ada unsur kecindan                                                        (5 markah) 
5.7.9  Ada pertautan dengan tajuk perbincangan                       ( 5 markah)
5.7.10 Ketepatan masa sesi pengendalian                                 ( 5 markah)

         
5.8    Markah penuh aspek PENYAMPAIAN bagi Ahli Panel  Forum ialah 25 markah dengan pecahan
         seperti  yang berikut:
5.8.1. Adab/ Kesantunan bahasa                                     (5 markah)
5.8.2. Gaya    bahasa                                                      (5 markah)
5.8.4. Memulakan perbincangan                                      (5 markah)
5.8.5. Mengawal perbincangan                                        (5 markah)
5.8.6. Menggulung perbincangan                                      (5 markah)
       

5.9   Markah bagi ISI sebanyak 45 Markah adalah untuk prestasi pasukan. Markah penuh bagi setiap ahli  ialah 15, iaitu :
                 5.9.1. Pernyataan isi                    :  2
                 5.9.2. Huraian/penjelasan            : 10             15 markah X 3 = 45 markah
                 5.9.3. Contoh                               :   3
                                                                 
   
5.10   Markah BAHASA dikira daripada markah penuh (30 markah) dan  merangkumi empat aspek                    seperti yang berikut:
5.10.1. Sebutan baku     (10 markah)                    
                           5.10.2. Tatabahasa        (10 markah)
                          5.10.3. Pertautan           (10 markah)

        5.11   Markah minimum bagi setiap aspek ialah separuh daripada markah penuh  
       dan pertambahan markah (2 untuk sebutan baku dan 1 untuk aspek yang
       lain) dikira berdasarkan bahasa yang jelas, tepat dan baku (struktur dan
       sebutan), gaya bahasa yang berkesan dan tepat kepada maksud yang
       hendak disampaikan, diksi serta pertautan idea yang jelas.
         5.12  Tafsiran dan terjemahan bagi firman, hadis atau petikan ke dalam bahasa
                    Melayu diutamakan.
         5.13   Ahli forum juga diberi markah bagi aspek pengendalian forum daripada
                   aspek adab, gaya perlakuan dan kesantunan bahasa. Markah penuh yang
                   boleh diberi kepada ahli forum ialah 15 markah.
          5.14  Markah maksimum bagi setiap ahli forum untuk aspek bahasa,isi  dan
                    penyampaian  forum ialah 100 markah .Manakala markah maksimum bagi
                    pengerusi pula ialah 50 markah. 
           5.15  Ahli Panel Forum dibenarkan merujuk teks sekali-sekala. Sekiranya hakim
                    berpendapat ada peserta yang merujuk teks melebihi daripada yang
                    sepatutnya, markah maksimum yang boleh dipotong ialah 5 markah
                   daripada  keseluruhan markah penyampaian.   Setiap pasukan diberi masa
                   20 minit untuk berforum. Loceng  amaran akan dibunyikan sekali, 3 minit
                   sebelum masa tamat dan 2 kali apabila masa tamat. Hujah yang
                 disampaikan oleh ahli forum setelah loceng penamat dibunyikan tidak akan
                   dikira.
         5.16   Setelah tamat masa 20 minit pasukan berforum, Pengerusi  Forum akan
                    memberikan  ruang kepada ketua hakim untuk mengemukakan soalan.
                    Ketua hakim akan mengajukan satu soalan kepada pasukan yang
                    bertanding. Tempoh masa ketika ketua hakim mengajukan soalan tidak
                    akan dikira. Tempoh masa selama 5 minit diperuntukkan kepada ahli
                    panel bagi menjawab soalan tersebut.
         5.17    Ketiga-tiga ahli panel forum  mestilah menjawab soalan yang diajukan
                    secara bergilir-gilir kerana jawapan yang diberikan akan diambil kira
                    dalam pemberian markah bonus kepada pasukan. Jawapan yang
                    memuaskan daripada setiap ahli forum diberikan 5  markah. Markah
                    penuh untuk ahli  pasukan ialah 15 markah. Loceng amaran akan
                    dibunyikan sekali, 3 minit sebelum masa tamat, dan 2 kali apabila
                    masa tamat.
         5.18    Jika berlaku gangguan kepada ahli forum semasa pertandingan,
                    pengerusi pasukan boleh menangguhkan pertandingan selama 5
                    minit untuk membolehkan peserta simpanan mengambil tempat
                    yang dikosongkan.
         5.19    Panel hakim berhak membuat keputusan yang difikirkan wajar dan
                    munasabah demi memastikan kelancaran perjalanan pertandingan pada
                    satu-satu masa, misalnya apabila berlaku putus bekalan elektrik, peserta
                    pitam dan sebagainya ketika pertandingan diadakan.
         5.20    Penentuan pasukan yang menjadi johan, naib johan, tempat ketiga,
                    tempat keempat, pengerusi terbaik dan ahli forum terbaik akan ditentukan   
                   dengan menggunakan sistem juri.
                   Pada peringkat awal, keputusan 4 orang hakim akan diambil kira dan jika
                   keputusannya seri barulah keputusan ketua hakim pula diambil kira.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan