MAKLUMAT PERTANDINGAN


PERTANDINGAN FORUM ANTARA INSTITUT PENDIDIKAN GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2013
PIALA MENTERI BESAR PERAK
ANJURAN : IPG KAMPUS IPOH DAN DEWAN BAHASA DA PUSTAKA


1.0.       LATAR BELAKANG

Perkembangan bahasa di Malaysia kini semakin menjadi satu landasan terbaik dalam usaha menyampaikan maklumat dan informasi yang terkini kepada telinga setiap pendengar.  Perkara yang signifikan dalam menyampaikan sesuatu maklumat perlulah ada mempunyai satu tarikan dan gaya yang menarik untuk membantu dalam mengekspresikan sesuatu informasi.  Bertepatan dengan dunia kini yang lebih bergerak maju, masyarakat semakin bijak memilih ruang dan sudut informasi sebagai bahan rujukan harian.  Belia pada masa kini perlu didedahkan dengan pelbagai pengalaman dan pengetahuan dalam mengeksplorasi segala maklumat agar mampu disampaikan semula kepada masyarakat dengan interaktif yang lebih berkesan.
            Oleh itu, penganjuran forum ini bertujuan untuk menggilap bakat guru pelatih dalam melaksanakan suatu wawancara bersifat informatif serta mampu menarik minat pendengar dalam menelusur topik yang dibincangkan.  Elemen kreatif dan kritis juga dibentuk untuk menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih berkesan dan menarik.  Sejajar dengan saranan kerajaan yang ingin melahirkan guru yang cemerlang dan terbaik dalam menghadapi dunia kini yang kian mencabar.
Bertepatan dengan peranan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh yang diberikan amanah sebagai Pusat Kecemerlangan Bahasa Melayu, IPG Zon Utara, penganjuran pertandingan ini memberi peluang kepada pelajar dan pensyarah berkumpul untuk dan berdiskusi bagi meningkatkan penguasaan dan keupayaan dan bahasa Melayu.
2.0.    OBJEKTIF
Objektif Pertandingan Forum IPG 2013 adalah untuk:
2.1.         Meningkatkan pemahaman dan kesedaran bakal guru tentang elemen-elemen forum yang menjadi teras dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
2.2.  Memantapkan jati diri pelajar melalui pemerkasaan bahasa kebangsaan dalam merealisasikan gagasan 1 Malaysia.
2.3.   Meningkatkan jalinan kerjasama dengan pihak luar dalam penerokaan ilmu bagi menghadapi cabaran globalisasi.
2.4.     Menyediakan landasan guru permulaan yang kompeten serta memiliki kemahiran abad ke-21 yang antaranya ialah kemahiran berkomunikasi, kemahiran berfikir, dan kemahiran interpersonal.




3.0.      STRATEGI PERTANDINGAN

3.1.       Pertandingan hanya dilaksanakan satu peringkat iaitu peringkat kebangsaan. Semua IPG yang berhasrat untuk menyertai pertandingan dikehendaki berada di tempat yang ditetapkan oleh penganjur.
3.2.       Setiap IPG hanya dibenarkan menghantar satu pasukan sahaja. Peserta terdiri daripada seorang pengerusi, tiga ahli panel dan seorang peserta simpanan ( 5 orang)
3.3.       Syarat dan peraturan pertandingan sama dengan pertandingan forum IPG-DBP 2012 (Pindaan 2013).


4.0   TEMPAT PERTANDINGAN

           4.1.       Premis IPG Kampus Ipoh

5.0.  TARIKH PERTANDINGAN

01,02, dan 03 OKTOBER 2013 (Selasa, Rabu, dan Khamis)

6.0.      TETAMU KEHORMAT

1.      YAB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Bin Abd. Kadir
Menteri Besar Perak Darul Ridzuan

2.      Y.Bhg. Tuan Sulaiman bin Wak
Rektor, IPGM Kementerian Pelajaran Malaysia

7.0.    YURAN PENYERTAAN

·      Setiap pasukan RM200.00 (Bayaran tunai sahaja)

8.0.    PENGINAPAN DAN PENGANGKUTAN

  • Tempat penginapan untuk semua peserta disediakan.
  • Tempat penginapan untuk pensyarah dari Sabah dan Sarawak disediakan.
  • Pensyarah pengiring dan hakim boleh menginap di hotel-hotel berhampiran IPG Kampus Ipoh dengan tanggungan IPG masing-masing. 


9.0.    PERBELANJAAN MAKAN PESERTA
·      Makanan untuk semua peserta disediakan.


10.0. HADIAH YANG DITAWARKAN

JOHAN           
1.    Piala Pusingan
2.    Piala Iringan x 5 peserta
3.    Wang Tunai RM 1000
4.    Sijil Penyertaan (IPG Induk)
NAIB JOHAN 
1.    Piala Iringan x 5 peserta
2.    Wang Tunai RM 800
3.    Sijil Penyertaan (IPG Induk)
TEMPAT KETIGA          
1.    Piala Iringan x 5 peserta
2.    Wang Tunai RM 600
3.    Sijil Penyertaan (IPG Induk)
4.     
TEMPAT KEEMPAT
1.    Piala Iringan x 5 peserta
2.    Wang Tunai RM 400
3.    Sijil Penyertaan (IPG Induk)
PENGERUSI
FORUM TERBAIK
1.       Piala Iringan, Sijil Penghargaan,
2.    Wang Tunai RM200.00
AHLI FORUM
TERBAIK
1.       Piala Iringan, Sijil Penghargaan,
2.       Wang Tunai RM200.00


11.0   TEMA DAN TAJUK

·      Semua tajuk hanya akan diberi secara undian beberapa jam sebelum pertandingan.

12.0   PENSYARAH PENGIRING DAN HAKIM

·   Setiap IPG dipohon menghantar seorang pensyarah pengiring dan seorang hakim.

·      Semua perbelanjaan perjalanan, penginapan, dan makan untuk pensyarah pengiring dan hakim ditanggung oleh IPG masing-masing

13.0   SIJIL

·      Sijil penyertaan akan disediakan oleh IPGM untuk semua peserta, hakim, dan pengiring

14.0   PERTANYAAN DAN MAKLUMAT

·      Sebarang pertanyaan sila hubungi :
o   En. Khairulanuar b. Ismail – 019-4731969 (pej– 05-5331311)
o   Tn. Hj. Abd Rani b. Hassan – 013-555020 (pej–05-5331311)
o   Sila layari: http://forumipg.blogspot.com/


Tiada ulasan:

Catat Ulasan